Sunday, November 15

cari orgasm bila dah nak pecah kepala

Sejak kebelakangan ni, stress habis sebab aku teramat lah busy dengan permohonan nak masuk U.
                 
Orang lain dah start belajar kot tapi aku masih terkial kial lagi. Haha
Tapi tak pe doakan aku berjaya sambung Bachelor in Education dkt IIUM. InshAllah.

Kali ni nak cerita, bila dah stress nak pecah kepala ni, aku suka pergi cari ketenangan dekat kawasan pantai.

Selalunya aku akan pergi balik kampung.



Ha, kampung aku ni walaupun dia jauh ke pedalaman ( tak de lah dalam mana saja exaggerate nak kasi gempak )
Tapi masih ada banyak tempat yang best tau !

Yang paling best and favourite aku : pantai

 Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor

Yes kampung aku nama dia Kampung Sungai Air Tawar, kenapa air tawar pun aku tak tahu. Tak pernah pula aku terfikir nak  terjun parit nak gi rasa. Hehe.

Kat kampung aku ni yang bestnya, udang galah bersepah. Jala ke mancing je depan rumah. Tiap kali balik kampung mesti makan mewah. Haha dahsyat tak


Abah tengah seronok jala udang galah sampai tak kisah kiri kanan


Haa tengok tu muka bahagia Abah dapat udang galah. Masak lomak cili api sedap bak hang


Anyways, kat sekitar kampung aku ni ada 2 pantai yang aku selalu pergi sebab view dia yang memang sangat cantik ! 
Kelasss kau tak payah nak pergi bercuti jauh jauh.

Aku suka pergi pantai kat sini sebab pasir dia yang putih seputih melepak bak makcik qu puteh dan dapat tengok kapal kapal (memang best)

PANTAI SUNGAI APONG, SABAK BERNAM

Cantik kan pantai nya, kaki langit yang kemerah jambuan giteww. Romantik sangat

Pantai yang ni nama dia Pantai Sg. Apong. 
Aku pun tak pasti kalau tu nama dia yang betul ( orang Sabak Bernam sila comment ) sebab Abah yang selalu cakap kat aku, itulah nama dia.

Dah Pantai tetiba ada sungai pulak, eh.



Yang best nya kat pantai ni, dia punya pasir pantai memang cantik.
kalau rasa nak bawak anak pergi main pasir pantai tapi tak nak anak gatal kena kudis sana sini, haa meh ke mari meh. 


Abah konon konon candid hihi

Kalau petang, memang cantik lah view dia.
sumpah orgasm mata sampai ke otak.

Kat sini nak memancing pun boleh jugak.




PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Pantai ni agak famous lah jugak. Orang selalu panggil Pantai BNO.
 Siapa yang kaki pancing tu mesti kenal tempat ni. 


Kat sini view pun cantik jugak. Kalau datang petang petang tu, dapat lah tengok bot bot nelayan. 



Ada gerai mee udang kat sini. Famous jugak orang panggil gerai mee udang BNO SEDAP


Kat sini ada chalet kat tengah laut tau atau nama dia Kelong. Memang rare




Kalau nak ke sini senang je, dari Kuala Lumpur dua jam je kalau ikut Lebuhraya LATAR. Homestay pun banyak kat sini.

Bukan tu je, kalau nak beli kerepek kerepek ke kat kampung aku ni memang banyak tempat proses dorg. MURAH MURAH PULAK TU SERIOUS


Kalau nak tahu lagi lanjut boleh ke Facebook Sabak Bernam ya !

aku kalau dah tengok tempat tempat cantik macam ni, memang eye-gasm gitu sampai ke otak. tenang mak jah oi





banyak gambar mak jemah sorang ni je adui